Sunday, June 9, 2013

~ Ingat Allah bila ditimpa musibah

Di kala aku sedih sangat, automatik aku mencari Allah. Aku ingat balik Allah. Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih. Hatiku pilu. Perasaanku luka teruk akibat kemalangan dengan musibah yang melanda. Fikiranku kacau. Tidak tenteram aku melihat dunia. Aku mencari-cari. Di mana harus aku mencari Allah? Allah......Aku ingin pulang. Pulang kepada-Mu Allah. Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap ruang muka ku sapu dengan penuh hiba. Sudah bertahun-tahun aku mengembara untuk menggapai tujuan hidup. Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah. Padahal pada masa yang sama aku tidak bawa roh beragama berdamping dengan jasadku. Aku tidak berkawan dengan Al Quran. Malah aku sibuk mencari teman dan awek. Aku tidak ziarah masjid. Malah aku rajin melepak kedai makan, shopping complex, atau bilik kawan. Aku tidak melazimi solat sunat. Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu. Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati, baru aku sedari. Allah tidak ke mana-mana. Dia bukan tinggalkan aku. Aku yang lari daripada rumah. Aku yang melupakan-Nya. Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat. "Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit. Selama ini, kini dan selamanya karenah dunia buat aku menderita. Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup. Acapkali sesuatu yang dicintai menjadi sebab ujian daripada Allah. Sebab itulah Allah kata bersederhanalah. Cintailah sesuatu berpada-pada. Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita. Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang. Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah. Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah. "Allah....Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, jangan Kau biar aku hanyut dalam perjuangan hidup yang tiada makna. Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpa-Mu." _ dipetik dari blog http://muslimdoktor.blogspot.com/2012/04/di-mana-harus-aku-mencari-allah.html

Friday, June 7, 2013

Thursday, June 6, 2013

~ Jika ~

jika mata mu berat memandang ku... ringankanlah kakimu untuk pergi jauh dariku.. jika bibirmu hanya pura-pura senyum padaku.. ringankanlah wajahmu untuk berpaling dari ku... jika susah untukmu melupakan salah ku.. maka berikanlah lidahmu untuk menghina ku.. tapi.. jika seandainya suatu hari nanti ... telingamu mendengar kepergianku kerana dipanggil sang penciptaku maka iklaskanlah tanganmu untuk mendoakan ku... biarlah kiranya kesilapanku padamu kau maafkan.. petikan dari seorang teman yang hanya bisa mendengar namun tak punya suara

Suami Isteri Bahagia

"Sebaik-baiknya wanita adalah yang taat pada Allah dan patuh pada suaminya.. Dan sebaik-baiknya lelaki adalah yang taat pada Allah dan memuliakan isterinya.."

Wednesday, June 5, 2013

Perbaiki Iman..Perbaiki Diri.. In Sha Allah..

"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) marilah bersama..perbaiki Iman kita..agar kita dapat perbaiki diri kita..

Isteri Yang di Senangi

Ya Allah Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insn lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu Ya Allah Tuhanku… Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin Ya Rabbi Allamin..