Sunday, March 15, 2009

Bismillahirrahmanirrahim….

















Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…..

Hanya khalimah ini sahaja yang mampu terucap agar yang Esa

dekatkan hatimu dan hatiku..

satukan lah hati kami kembali sepetimana kamu menyatukan kami…

Tak pandai untuk aku berkata2..apatah lagi untuk bermadah berpuisi…

Hanya apa yang ada dalam…, ku layangkan disini..

Dari hujung rambut hingga hujung kaki…kumohon keampunan darimu..

aku tidak jadi seorang isteri yang baik…

aku tidak pandai menjaga hatimu…

aku suka memaksamu…

aku suka buat kau marah..akhirnya kita bergaduh…

aku tak pandai kawal keadaan…

aku tak tahu kawal rasa marah..

aku lebih pentingkan hatiku dari kamu….

aku tak pernah belajar dari kesilapan…

aku tak menghargai pengorbanan mu selama ini….

aku tidak lekat sujud pada Nya..

SUBHANALLAH…….aku berdosa padamu….

Aku mohon SYURGA dari mu…..

Tapi aku yakin..

Apa yang terjadi…sudah jadi ketentuanNya..

Ada hikmah sebaliknya…

Hanya doa yang mampu berikan..

Mungkin Allah mahu aku lihat apa yang ada di dalam aku sebenarnya..

Di ruang waktu ni…

Aku cuba cari diriku….mungkin aku telah jauh….

Aku cuba cari kamu…cari dirimu yang semakin ku rasa jauh…

Sebab ku rasa terasing…kenapa aku tak boleh fahami mu??

Kenapa aku tak ada di dalam kamu??

Kenapa aku tak boleh menyentuh hati mu?

Mungkin Allah nak menyedarkan ku…

Aku tersilap…

Menyintaimu lebih dari segalanya….

Di mata..di hati..di fikiran..hanya ada kamu…

Leka dengan kamu..Takut kehilanganmu….

Kekadang terlupa padaNya…

Sedangkan jauhnya kamu….hilangnya kamu…

Hanya Dia lah yang dapat kembalikan…

Aku berlari…berlari mengejarmu..

Mengejar yang tak pasti…

Apa aku lakukan untuk hidupku hanya untuk kamu…

Tapi..kamu tetap berlari..tetap terus pergi….

Atau aku terus berlari…dari berhenti disini..

Kuatkan hatiku…untuk tidak melepaskanmu…

Seikhlas hatiku….tney (15 march 2009)@ 1.33am

No comments:

Post a Comment